CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 6, 2009

Dakwah Memerlukan Pelbagai Pemain Peranan

Allah Taala berfirman : “tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga diri” (at-Taubah: 122)

Fiqh dakwah :
1- Hukum asal menetapkan tidak wajar seluruh tenaga umat Islam diterjunkan ke medan perang. Perlulah ada segelintir yang berada di baris belakang memainkan peranan lain. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Islam bukan terhad hanya pada jihad bersenjata semata-mata, walau pun ia adalah satu amal termulia. Ini juga mengajar pendakwah bahawa perjuangan Islam memerlukan pelbagai pendekatan dan pemain peranan.
2- Dalam kehidupan ini, hendaklah pendakwah memastikan bahawa ia memainkan sekurang-kurangnya salah satu daripada 3 peranan utama;berjihad di medan perang, mendalami ilmu agama, dan memberi peringatan kepada kaumnya. Manusia yang paling beruntung ialah yang dapat menggabungkan ketiga-tiga peranan ini dalam hidupnya.
3- Ayat ini juga memberi indikasi bahawa hendaklah ada umat Islam 3 kelompok manusia; mujahid (pejuang), faqih (ahli ilmu/ulama’) dan munzir (pemberi peringatan/pendakwa h).
4- Ayat ini juga menjadi dasar bagi amalan pengagihan kerja dan tugas (distribution of labour) dalam dakwah dan delegasi kerja.
5- Para mujahid walaupun memperoleh kemuliaan di atas mereka yang tidak keluar berjihad tetapi hendaklah memahami bahawa dalam kesibukan mereka di medan jihad, mereka mungkin telah terlepas peluang untuk mendalami ilmu atau perkembangan semasa. Oleh itu, hendaklah merendah diri untuk mendengar peringatan daripada orang lain. Kemulian bagi seorang mujahid tidak menjadikannya tahu segala perkara atau layak dalam semua bidang.
Wallahua’lam

0 comments: