NILAI SEORANG WANITA
Allah telah menciptakan kaum hawa dengan seribu satu keindahan. Malah, untuk melengkapkan keindahan itu, di kurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga dari segi dalaman mahupun luaran.secara disedari atau tidak, keistimewaan itulah yang sering kali kita eksploitasikan samada untuk kepentingan peripadi atau orang lain.
Kecantikan dan kelembutan adalah termasuk dalam keistimewaan itu.Tika menilik di hadapan cermin, seringkali tertanya-tanya “Dimana letaknya kecantikan seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam kadang-kadang malu-malu memberi kerlingan manja?Atau boleh jadi pada bibir yang tidak pernah jemu menguntum senyuman semanis madu? Ataupun pada hidung mancung yang saban waktu menghidu haruman mawar-mawar indah di taman atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembutkan hati sekaligus menghangatkan perasaan?”
Sebenarnya berjuta-juta perkataan belum cukup untuk menceritakan dan mendefinisikan keindahan seorang wanita.Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan atas keindahan-keindahan itu.
Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi seorag wanita.Walau secantik manapun wanita itu, ia masih belum dapat menjadi ukuran kepada kesempurnaannya.Kecantikan,walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap di hadapan cermin, dibelai saban waktu, tetap akan suram dan berkedut apabila tiba waktunya.
Kecantikan luaran hanya bersifat sementara, ia tidak akan kekal.Suatu yang tidak kekal akan tetap dimamah usia bila-bila masa saja.
Justeru,di manakah kecantikan sebenar seorang wanita?”Wanita adalah perhisan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.Rasulullah tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau wanita sahaja, tetapi seindah perhiasan.Ini bermakna ada nilai yang lebih utama pada diri seorang wanita selain dari kecantikan, kecerdikan dan kehebatannya.
Nilai yang istimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah KESOLEHAN wanita itu sendiri.Bagi lelaki yang bijak dan soleh, mencari wanita solehah adalah sukar, lebih sukar dari mencari intan berlian.Nilai di hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi, wanita solehah adalah selamat hatinya, yang dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.
Monday, July 6, 2009
Posted by melor at 8:21 PM 0 comments
Peranan Rakan Seperjuangan Dalam Dakwah
Allah Taala berfirman : “ Dan jadikanlah aku seorang pembantu daripada kalangan keluargaku (iaitu) Harun, saudaraku. Teguhkan dengan dia kekuatanku. Dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku. Supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau. Dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami.” (Taha: 29-35)
Fiqh dakwah :
1- ayat ini meceritakan bagaimana nabi Musa a.s meminta Allah Taala agar diberi pendokong dalam kerja dakwah dan mensifatkan sifat pendokong dakwah yang baik.
2- sebagaimana dakwah itu perlu dilakukan secara berjemaah, pendakwah secara individu juga memerlukan pendokong atau rakan / beberapa rakan yang rapat dalam perjuangan.
3- oleh kerana setiap mukmin itu pembantu kepada mukmin yang lain dalam urusan amar makruf nahi mungkar, maka perlulah seorang mukmin untuk menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat seorang rakan seperjuangan/ pendokong dakwah yang baik-sifat Harun bagi Nabi Musa a.s.
4- sebagai rakan seperjuangan, kita mestilah memainkan peranan berikut :
a) meneguhkan saudara kita dalam usaha dakwah dengan membantu dia melalui pelbagai cara. Kehadiran kita bersama saudara kita hendaklah menatijahkan rasa kekuatan dalam diri saudara kita. Kehadiran kita merupakan aset bukan beban kepada saudara kita.
b) sentiasa bersama dalam kerja. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kerja kita sentiasa membiarkan saudara bersendirian melaksanakan kerja dakwah sedangkan kita berehat di rumah. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita tidak merasa bersalah untuk datang lewat atau pulang awal sehingga saudara kita harus memikul kerja yang lebih daripada kita untuk menyempurnakan sesuatu urusan. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita sentiasa menolak kerja kepada saudara kita sehingga kerja kita menjadi kerja dia dan kerja dia kekal menjadi kerja dia.
c) saling mentarbiyah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan tasbih dan zikir. Sebagai rakan seperjuangan yang sebenar, kita menjadi inspirasi bagi saudara kita untuk beribadah dan menggandakan amal bukan melekakan dia atau menjadi sumber lagha.
d) kehadiran kita memantapkan perasaan bahawa Allah Taala sentiasa melihat perbuatannya.
5- kita hendaklah menjadi sumber kekuatan, motivasi, bantuan dan tazkirah. Kita adalah cerminan bagi saudara kita dan dia adalah cermin bagi kita dan rakan seperjuangan di jalan dakwah.
Posted by melor at 8:18 PM 0 comments
Dakwah Memerlukan Pelbagai Pemain Peranan
Allah Taala berfirman : “tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga diri” (at-Taubah: 122)
Fiqh dakwah :
1- Hukum asal menetapkan tidak wajar seluruh tenaga umat Islam diterjunkan ke medan perang. Perlulah ada segelintir yang berada di baris belakang memainkan peranan lain. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Islam bukan terhad hanya pada jihad bersenjata semata-mata, walau pun ia adalah satu amal termulia. Ini juga mengajar pendakwah bahawa perjuangan Islam memerlukan pelbagai pendekatan dan pemain peranan.
2- Dalam kehidupan ini, hendaklah pendakwah memastikan bahawa ia memainkan sekurang-kurangnya salah satu daripada 3 peranan utama;berjihad di medan perang, mendalami ilmu agama, dan memberi peringatan kepada kaumnya. Manusia yang paling beruntung ialah yang dapat menggabungkan ketiga-tiga peranan ini dalam hidupnya.
3- Ayat ini juga memberi indikasi bahawa hendaklah ada umat Islam 3 kelompok manusia; mujahid (pejuang), faqih (ahli ilmu/ulama’) dan munzir (pemberi peringatan/pendakwa h).
4- Ayat ini juga menjadi dasar bagi amalan pengagihan kerja dan tugas (distribution of labour) dalam dakwah dan delegasi kerja.
5- Para mujahid walaupun memperoleh kemuliaan di atas mereka yang tidak keluar berjihad tetapi hendaklah memahami bahawa dalam kesibukan mereka di medan jihad, mereka mungkin telah terlepas peluang untuk mendalami ilmu atau perkembangan semasa. Oleh itu, hendaklah merendah diri untuk mendengar peringatan daripada orang lain. Kemulian bagi seorang mujahid tidak menjadikannya tahu segala perkara atau layak dalam semua bidang.
Wallahua’lam
Posted by melor at 8:13 PM 0 comments
Tuesday, October 7, 2008
Berbagai Cara Allah Mendidik
BERBAGAI cara Allah mendidik
dan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,melihatkan kekuasaan
Memperlihatkan kebesaran,menceritakan kesudahan
orang yang baik dan jahat
Semua bentuk pendidikan ini
untuk menarik perhatian manusia
Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa
Namun manusia degil juga
Perhatiannya tiada
Ada mata dipejamkan,ada telinga dipekakkan,ada akal tidak difikirkan
Ada hati tidak ada perhatian
Seolah-olah manusia tidak ada mata,tidak ada telinga, tidak ada akal,tidak ada hati
Nafsu sahaja yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinya
Manusia telah menjadi tawanan nafsunya
Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan
Manusia buat-buat tidak dengar aja
Syurga-Ku indah,nikmatnya belum pernah mata melihat
Belum pernah telinga mendengar
Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli
Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat
Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja
Engkau tidak lihatkah
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,sungai, lautan Aku cipta?!
Manusia tidak ambil tahu penciptanya
Tapi ambil tahu khazanahnya
untuk keuntungan dunianya
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan
untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya
Namun manusia tidak juga beriman
Kalau beriman pun tidak bersyariat
Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan
Posted by Hamba Faqir
Posted by melor at 11:10 PM 0 comments
Labels: Taubat